Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Thursday, January 21, 2010

Takziah buat Kak Mazura sekeluarga. (BM entry)

Hr ni kami semua di Hammy (nama manja Hamilton) ni mendapat berita berkenaan pemergiaan ayahanda Kak Mazura; Dr. Anuar Nor Arai. Kak Mazura adalah salah seorang dari kami yg sedang melanjutkan pelajarannya (PHD) di Waikato University. Berita tentang pemergiaan arwah ada disiarkan di Utusan Malaysia hari ini 21 Januari 2010. 

Dr. Anuar Nor Arai meninggal dunia

SHAH ALAM 20 Jan. - Dr. Anuar Nor Arai (gambar) yang pernah mencipta sejarah dalam bidang perfileman tanah air kerana mengarah filem dengan durasi terpanjang selama lima jam berjudul Johnny Bikin Filem, meninggal dunia di Pusat Perubatan Selangor di sini hari ini.
Allahyarham yang berusia 66 tahun menghadapi komplikasi paru-paru.
Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.25 petang di sisi isterinya, Zahrah Ibrahim serta tiga anaknya iaitu Mazura, 39, Zuraira, 37, dan Ifa Mutiara, 36.
Menurut Zuraira, selain aktif menulis skrip dan mengarah filem sejak tahun 1980-an, Allahyarham atau nama sebenarnya Anuar Mohd. Nor @ Arai juga merupakan Timbalan Rektor di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Katanya, bapanya juga adalah pensyarah dan Dekan Fakulti Filem di Aswara.
''Johnny Bikin Filem merupakan filem arahannya pada penghujung tahun 1980-an yang masih belum ditayangkan sehingga kini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Difahamkan Johnny Bikin Filem dihasilkan dengan durasi lima jam sebagai bahan rujukan akademi terutamanya untuk para pelajar jurusan perfileman tempatan dan ia juga telah disunting menjadi sekitar 90 minit untuk tayangan umum yang belum ditentukan tarikhnya lagi.
Tambah Zuraira, Allahyarham yang juga terkenal sebagai pengkritik filem dan meninggalkan sembilan cucu akan disembahyangkan di Masjid Ubudiah Seksyen 19 pada pukul 11 pagi esok sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini.

Inilah antara cabaran yg berat buat sesiapa yg berada jauh beribu batu dari keluarga tersayang. Saya juga pernah mengalami keadaan yg sama apabila arwah ibu saya meninggal dunia pada 24 Jun 2008. Kami sekeluarga hanya mampu pulang seminggu slps itu. 


Kami hanya mampu turut berdoa semoga arwah di letakkan di kalangan orang-orang yg beriman. Al-Fatihah. Malam ini sepatutnya hanya kaum lelaki yg akan berkumpul di rumah K.Mazura untuk kenduri tahlil tetapi saya juga akan menghadirinya kerana ingin berjumpa sendiri dgn K.Mazura. Oh ye saya juga bercadang nak membawa sedikit mknan utk dijamu slps bacaan Yaasin. (kami agak rapat juga sbb rumah kami boelh dikatakan agak dekat).
 

2 comments:

yatie chomeyl said...

takziah atas kehilangan ini buat ur fren's family

transformed housewife said...

alhamdlillah tahlil smlm berjln lancar. ramai jugak yg phadir kat majlis tahlil tu.