Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, July 12, 2009

Bagaikan Puteri!



Kali ini, aku terasa nak menulis tentang gelagat2 orang di dunia ni. Haa...mcmla perangai aku ni elok sgt. Sebenarnya aku teringat suka sgt dgn lagu Farra ni. Sayang je lps satu lagu, dia dah tak popular sgt. Lagu ni memang jadi kegilaan ramai org. Aku pun termasuk dlm senarai org2 yg gilakan lagu ni.

Aku suka maksud tersirat lagu ni. Kita ni selalu berangan2 nak hidup senang lenang dan tak perlu bersusah payah. Kalau boleh nak hidup macam seorang Puteri kan? Aku pun ada juga berangan masa kecik2 la sbb terpengaruh dgn cerita2 dongeng "Princesses". "They live happily ever after". Yeah right! Cuba kita tengok puteri2 yg sebenar. Betul2 ke diaorg tu hidup senang lenang jer. The Late Princess Diana, meninggal accident. Sblm tu, ada masalah bulimia, suami ada affair dgn perempuan lain lps tu hidup asyik kena kejar dgn paparazzi. Tak seronok jugak hidup mcm tu. Princesses yg lain pun, duit ada banyak tapi hidup diaorg masih tak happy.

Aku pulak selalu terjumpa org2 yg malas nak buat apa. Duduk je, malas nak fikir pasal masa depan, hidup ingat nak seronok jer. Memang tak ingat dosa pahala. Kalau boleh semua benda nak suruh ada depan mata je. Aku yg memang diajar dr kecik, kalau nak sesuatu kena berusaha sendiri ni, selalu je ada konflik dgn org2 mcm tu. Selalu je jumpa kat sekolah (sekolah asrama), kat rumah sendiri (sedara-mara) dan of course jumpa kat tempat2 lain juga. Kalau boleh memang nak buat tak tahu je kat diaorg tapi dah memang aku pun dasar busy body, kdg2 memang tak boleh elak mesti nak laserkan je. Korang rasa aku dengki ke? Mungkin kot. Satu lg, aku nak sedarkan diaorg yg hidup ni bukan utk bersenang lenang je.

Aku memang sedar yg aku tak banyak kwn rapat. Kalau yg betul2 rapat, memang kwn2 sejati. Sbb aku memang tak suka ada ramai2 kwn tapi kwn yg tak boleh diharap. Nak tumpang masa kita senang je. Masa kita susah lari. Setakat ni, alhamdulillah, aku ada kwn2 yg boleh diharapkan masa senang dan masa susah.

Skrg ni, aku berusaha nak mendidik anak2 aku supaya jadi org2 yg tahu bahawasanya hidup ni ada senang dan ada susah. Masa susahla, kita perlu menggunakan akal fikiran kita dan berusaha untuk mengubah kesusahan kita tu. Lps tu kita berserah kepada Allah. Aku juga selalu mengingatkan adik2 aku tentang hakikat ini. Setakat ini, mereka semua ok. Aku juga bernasib baik krn mendapat suami sanggup bersusah2 dahulu bersenang2 kemudian. Aku rasa kita akan lebih menghargai hidup ni kalau kiat dah mengalami pelbagai kesusahan. Kesenangan yg dtg kemudian tu akan lebih manis kan?

Oklah. Dah puas hati boleh luahkan perasaan yg terbuku kat sini. Sebenarnya ini adalah entri untuk meluahkan perasaan dah menyindir secara halus dan kasar (kasar ke?) org yg selalu tak sedar diri. Kalau ada yg terasa, terasalah. Aku cuma nak sedarkan je. Jgn jadi dah terhantuk baru nak terngadah. (betul ke ni? dah lama tak guna perumpamaan Melayu ni).


1 comment:

yatie chomeyl said...

i'm no longer a princess... sigh hehehe

http://yatiechomeyl.blogspot.com/2009/06/im-no-longer-princess-sob-sob.html