Kali ini aku nak cuba masuk Peraduan Kisah dan Lagu anjuran mama manja. Macam best lak peraduan ni. Setelah difikir-fikirkan, ditimbang-timbangkan dan ditelikkan (dlm bekas kemeyan berasap. hahaha), aku membuat keputusan untuk memilih lagu "Truly, Madly, Deeply" by Savage Garden. Lagu ni fofular masa aku tengah belajar di PPP/ITM. Semestinya lagu ini ada kaitan dgn kisah hindustanku dgn suami tercinta. (hihihih malu lak rasa nak korek cerita lama).
Ok, mari kita layan dulu lirik lagu ini.
Truly, Madly, Deeply. (Savage Garden)
I'll be your dream, I'll be your wish, I'll be your fantasy
I'll be your hope, I'll be your love, Be everything that you need
I'll love you more with every breath, Truly madly deeply do
I will be strong, I will be faithful cause I'm counting on
A new beginning, A reason for living,
A deeper meaning yeah
And I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me
And when my stars are shining brightly in the velvet sky,
I'll make a wish to send it to heaven,
Then make you want to cry,
The tears of joy for all the pleasure in the certainty,
That we're surrounded by the comfort and the protection of,
The highest powers,
In lonely hours(lonely hours)
The tears devour you,
And I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me
Uh can't you see it baby,
You don't have to close your eyes,
Cause it's standing right before you,
All that you need will surely come,
Uhh huhu yeah
I'll be your dream, I'll be your wish, I'll be your fantasy
I'll be your hope, I'll be your love, Be everything that you need
I'll love you more with every breath, Truly madly deeply do (I love you)
huh huh
I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me
And I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me
Huh huh uhh
yea uhh huh
la la la duh duh huh
la la la duh duh huh
Uhh hu
All right dah habis dah lirik lagu. Mari layan kisah aku yang berkaitan dengan lagu ini.
Tersebutlah al-kisah 10 tahun dulu (1999), aku dan suamiku (masa tu baru pakwela), di suruh menyanyi di satu majlis makan malam Kelab Taekwondo di Hotel UiTM. Kami masih lagi baru menjalinkan hubungan dan sememangnya rakan-rakan telah mulai perasan tentang perhubungan kami. Pada mulanya, suamiku (pakwe masa tu), beria-ia menolak jemputan menyanyi tu. Setelah dipujuk-pujuk, dijampi-jampi(eh bila pulak aku pandai menjampi ni), akhirnya dia bersetuju.
Pada masa itu, aku hanya berpeluang untuk memilih beberapa buah lagu saja. (yelah masa tu kawan bawa kaset sikit je). Setelah dibelek-belek, aku rasa lagu "Truly, Madly, Deeply" memang sesuai untuk kami. Aku memang suka lagu ni, dan memang aku dah hafal liriknya. Kesian suamiku (sekali lg pakwe masa tu), yang memang tak tahu menahu dengan lagu ni. (Dia minat hard rock tak layan lagu2 jiwang macam ni).
Jadi, bila kaset dah terpasang, kami pun menyanyila. Sedap tak sedap tu dah belakang kira sebab masa tu memang asyik masyuk dilamun cinta. Menyanyi dengan penuh perasaan. (aku la kot yang lebih2. hehe). Bila dah habis menyanyi, kawan-kawan semua bertepuk tangan memberi sokongan. Malu-malu kucing aku dan suamiku (pakwe). Nasib baik tak ada pun yang boo kami.
Lirik lagu ni betul-betul membawa makna tersendiri kerana setelah hampir 6 tahun bercinta, putus cinta (2 kali terpaksa putus kerana halangan keluarga), akhirnya kami disatukan pada tanggal 28 November 2003. Sekarang sudah hampir 6 tahun juga kami mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah kami masih bahagia hingga ke hari ini lebiih-lebih lagi setelah dikurniakan dua orang puteri yang comel lote. ( puji anak sendiri. )
Aku paling suka part :
And I want to stand with you on a mountain,
I want to bathe with you in the sea,
I want to lay like this forever,
Until the sky falls down on me
aku suka part ni kerana sememangnya kami seakan-akan berjanji untuk melakukan apa sahaja jika kami ditakdirkan untuk bersama.
Part yang mula-mula pun ok jugak:
I'll be your dream, I'll be your wish, I'll be your fantasy
I'll be your hope, I'll be your love, Be everything that you need
I'll love you more with every breath, Truly madly deeply do
I will be strong, I will be faithful cause I'm counting on
A new beginning, A reason for living,
A deeper meaning yeah
Ini kerana kami berdua memang tak pernah bercinta dengan orang lain sebelum itu. Ini memang cinta pertama kami dan harap-harapnya yang terakhirla. Sejak berjumpa di waktu pergi berkhemah di Pulau Pangkor dengan member-member kelab Taekwondo PPP/ITM (1997-1999), kami sedar yang kami ada keserasian. Walaupun kami belum mencecah usia 20 tahun di waktu itu, kami rasa yang kami memang ditakdirkan untuk hidup bersama. Masing-masing memang dah tak boleh nak pandang atau nak suka pada orang lain dah masa tu. Cuma satu isu yang aku timbulkan iaitu isu usia. Suamiku (pakwe) muda setahun dariku. Tapi bagi suamiku usia bukan penghalang. Aku juga sedar yang dia tidaklah berperangai atau berlagak seperti rakan-rakan kami yang sebaya dengannya. Aku mampu mengenepikan isu usia itu setelah di yakinkan oleh suamiku. (hehe sebenarnya tak yakin pada diri sendiri. yelah masa tu pun ramai budak-budak perempuan yang lain yang lebih muda dan cantik).
Oklah dah habis part jiwang, sekarang kena letak link ke blog mama manja pulak.
www.mamamanja79.blogspot.com/peraduan-kisah-dan-lagu/2009/07.html
P/S: harap-harap entry ni akan dapat perhatian mama manja. Adikku Yati Chomeyl ada bagi komen sblm aku tulis entri ni yang aku suka buat entri berbaur serius jer. dah nak buat macammana aku memang orang yang serius.
2 comments:
hahah..ok kali ni x serius sangat..ada aura romantis tu di kesan.. (^-*)
salam terjah.
ok lulus..
tq join contest MM
Post a Comment