Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Monday, July 20, 2009

Buat "Periuk Bertuah" (POTLUCK) di rumah.


(Nasi Kerabu) (Antara makanan2 kami)


Semalam (19 Julai 2009), kami ada ajak kawan-kawan dalam 3, 4 famili datang ke rumah. Sajerla buat "Periuk Bertuah"(POTLUCK). Lepas tu my hubby ada agenda jugakla. Dia nak cadangkan buat commitee utk sambut orang-orang baru yang nak sambung belajar di Waikato University. Selama ni kalau ada orang-orang baru sampai, kami yang dah lama kat sini, bergilir-gilir menyambut dan memberi pertolongan kepada mereka.

Okay berbalik kepada potluck tadi, aku telah menyediakan nasi kerabu kuning (resipi turun menurun dari arwah mak). Lauk-lauk untuk nasi kerabu pula ada tumis, mumbu, ayam goreng, ikan kerin, sayur2 dan of course budu. (kalu tak dok budu buke nasi kerabula). Kawan-kawan yg lain ada bawa mee rebus, kek, kuih-muih, keropok ikan, ayam masak pedas dan kari daging. Kira meriahla dgn makanan. Oh ye, yg dtg Izhar,Hanna dan anak2, Zaini, Adibah dan anak2, K.Jun, Kamilah & Adlan, Ruhaya, Yusman , anak mereka, Yati dan Nazlah(kwn baik Fathini).

(kwn2 tengah syok makan) (tu tengah khusyuk buat perbincangan)

Kami mula makan-makan dari pukul 1.30. Sambil-sambil makan, macam2 cerita yang dikongsi. Lps tu my hubby pun ada juga tanya pada kawan2 yg dtg jika mereka berminat nak jadi AJK untuk comittee yg aku sebutkan tadi. Alhamdulillah masing2 memberi reaksi positif. My hubby lega sgt sbb dapat serahkan sikit2 tugas pada keluarga2 yg masih baru kat Hamilton ni. Sblm ni keluarga2 yg dah lama kat sini yg selalu buat. Kami yg lama2 ni dah nak balik Msia. Jadi kami tak naklah tradisi ni hilang begitu je bila kami balik. Sambil kami makan2, anak2 ada kerja diaorg sendiri. Kami dah longgokkan semua toys anak2 kami kat satu tempat. Jadi budak2 habis je makan, mereka pun pergi kat bilik tu dan main sama2.

(tengokla budak2 dah seronok main tu)

Aku pun ada agenda aku juga. Aku nak berkenalan dgn K.Jun yg dah 2 bln dtg kat sini. Sblm ni selalu tak berkebetulan nak bersua muka. So, smlm dptla mengenali beliau dgn lebih dekat. Yg seronoknya, bila dah duduk jauh dr Msia ni, kitaorg memang rasa rapat sbb kalau tak berkawan rapat dgn org2 Msia, susahla nak mintak tolong kan. Lagi satu, kalau terasa teringin masakan Msia, memang selalu buat majlis atau jamuan makan mcm nilah. Yelah, mana ada pasar malam kat sini. Nasib baikla, yg lain2 pun rajin nak mencuba masakan2 Msia. Aku sendiri memang selalu buat eksperiman memasak ni. Yg tukang rasa, of course my hubby dan anak2 la. (tukang kritik tu).

Majlis makan2 kami berakhir lebih kurang pkl 4 ptg. Yelah skrg masih lagi winter jadi pkl 4 tu macam dah pkl 6 kat Msia. Kami seronok bila dpt buat majlis macam ni. Sebenarnya nilah cara kami nak bersedekah. Lagi elok bersedekah dgn menjamu org makan. Ikatan silaturrahim lg kuat, pahala pun dapat. (Insyaallah).

1 comment:

Izan@mamaAdam said...

Yani, ada problem nak tepek bground eh. Try nih : Click dashboard, layout, pick new template. Yani select template "Minima" (yang betul2 kat atas sebelah kiri). Then "Save Template".

Nanti bground baru (cutestblogontheblog) akan keluar, cuber eh.. MamaAdam dah biaser wat keja menukar2 bgrd nih.. tu yg berani tunjuk tu.. hik hik..