Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Saturday, July 25, 2009

Saat-saat yg tak mungkin dilupakan

Hari ini, aku terasa mcm nak masuk satu lg contest. Sebenarnya terjumpa contest masa menjengah blog org lain. Contest ni anjuran Ibu Addin & Nasa. Apa yg perlu dibuat? Okay mari kita tengok:

1.Anda cuma perlu ceritakan pengalaman anda semasa melahirkan anak sulung anda. Buatkan satu post khas mengenainya dan tidak kurang dari 48 patah perkataan.

2.Ceritakan tentang hadiah ini di blog anda,

3.Tinggalkan komen di sini beserta dengan link tentang post anda.

Hadiahnya adalah sabun Rosewater (100g) yg berbau wangi. Bestnye kalau dpt.

Okaylah skrg masanya untuk berkongsi pengalamanku melahirkan anak pertamaku "Fathini".

Tanggal 8 Januari 2005, aku mula merasakan kesakitan sewaktu aku tengah menyaksikan cerekarama di TV3. (dah lupa tengok cerita apa). Waktu sudah pukul 10.30 mlm.Abah dan arwah Ma menyuruhku bersiap2 utk ke hospital setelah aku mengadu sakit. Jadi aku pun bersiap2 sambil menghantar sms kepada suamiku yg ketika itu berada di rumah keluarganya di Kelana Jaya. Setelah sampai di HUSM, Kubang Kerian, aku dimasukkan ke bhgn emergency. Apabila diperiksa rupa2nya servikku belum betul2 terbuka. Ketika itu hanya 3 cm bukaan. Jadi, aku terpaksa bermalam disitu. Arwah Ma menemaniku dan dia tidur di bilik pelawat. Mlm itu aku tak lena tidur kerana ada ketikanya aku merasa terlalu sakit.

Keesokan harinya, suamiku sampai di HUSM setelah menaiki AIR ASIA. Dia dan arwah ma bergilir2 mengurut blkgku dan mengusap2 kepalaku. Ketika itu aku merasa bahagia sekali kerana ada org2 tersayang yg menemani. Aku juga berulang kali diminta ke bilik pemeriksaan utk melihat bukaan. Oleh kerana aku sudah tidak sanggup lagi untuk menunggu, pada pkl 10 mlm (9 Januari 2005), aku meminta jururawat yg bertugas utk berbuat sesuatu. Jadi, beliau telah memecahkan air ketuban dna menyuruhku berjln turun ke bilik bersalin yg terletak di tingkat bawah. Aku masih mampu berjalan dan apabila sampai sahaja di bilik bersalin, suamiku telah bersedia menunggu utk menemaniku di sana. Dari pkl 10 mlm hingga 12 tgh mlm aku mengalami kontraksi. Suamiku tak putus2 meminta aku berselawat dan membaca doa. Aku juga sedar yg aku tidak perlu menjerit walaupun aku betul2 sakit. Jadi aku hanya berselawat sambil mengengam erat tgn suamiku.

Lebih kurang pukul 2 pg, aku rasa seperti mahu membuang air besar. Aku rasa memang telah sampai masanya utk anakku keluar melihat dunia. Kami ditinggalkan sebentar oleh doktor dan jururawat bertugas kerana pada masa yg sama ada seorang lg ibu di bilik sebelah yg tengah mengerang kesakitan. Dengan hanya sekali tolak, kepala anakku telah terkeluar da suamiku begitu terkejut dan terus memanggil doktor yg bertugas. Doktor dan jururawat yg bertugas bergegas dtg menyambut kelahiran anakku. Alhamdulillah semuanya selamat dan aku merasa bahagia sekali apabila buat pertama kali mendengar tangisan anakku. Suamiku juga mengucap dahiku dan bersyukur atas kelahiran anak kami.

Kelahiran Fathini sememangnya akan menjadi kenangan yg tidak mungkin dilupakan kerana sewaktu itulah aku betul2 terasa dekat dgn arwah Ma. Arwah Ma sanggup bermalam di hospital keranaku dan apabila cucu pertamanya lahir, bia sudah kepenatan dah tertidur sewaktu kami menghantar sms sehingga 8 kali utk memberitahu tentang kelahiran cucunya. Apabila aku melahirkan anak keduaku Hafizah di Hamilton, New Zealand aku begitu inginkan arawh ma dapat berada disisiku. Aku hanya mampu menghantar sms mengatakan " I wish you are here Ma". "I miss you so much". Aku kehilangan arwah Ma dua hari selepas anak keduaku menyambut harijadinya yg pertama.

4 comments:

Norita Shaklee said...

Thank you for joining the contest and all the best.

amiechomel said...

alangkah indahnya perasaan masa kali pertama melihat anak kita lahir kan... semoga kita semua mampu mendidik anak2 kita menjadi anak2 yg soleh dan solehah.

transformed housewife said...

amie,
insyaallah. memang berat tugas nak mendidik anak2 ni.

yatie chomeyl said...

gd luck sis..tie masuk jugop hehe