Check this out!
A & N academic and scientific editing service
Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html
http://www.annediting.com/index.html
Thursday, July 23, 2009
Baiti Jannati (Rumah sewaku di Hamilton, New Zealand)
1.(Pintu depan) 2.(Dr pandangan luar ruang tamu)
Salam semua. Hari ni rasa macam gatal2 tgn jugak nak taip something. Setelah difikir2kan, akhirnya aku pun buat keputusan untuk menayangkan sedikit gambar2 rumah sewaku di New Zealand ni. Kenapa nak tunjuk ye, hmmmm sebenarnya nak berkongsi je pasal rumah2 kat sini.
Kat New Zealand ni, kebanyakan rumah diaorg kecik2 jer. Sbbnya diaorg ni nak buat rumah mahal sgt. Jadinya sewa pun mahal sgt2. Kami menyewa rumah lama (dibina dr thn 70 -an), dgn kadar sewa NZD $270 seminggu. Ya.. seminggu! Kalau sebulan cubala hitung sendiri. Rumah kami ada 2 bilik tidur, satu bilik air, satu ruang tamu, ruang makan dan dapur. Cuma yg paling seronok, ada laman yg luas. Tempat anak2 boleh bermain. Kat dlm taman ada banyak sgt statues (Patung2 batu berwarna putih). Kami pernah buat jamuan makan (BBQ) di taman kami tu. Seronokla kalau masa summer. Masa winter ni sejukla. Jarang2 dpt turun kat taman.
3.(Tingkap ruang mkn &dapur) 4.(taman)
5. (blkg dapur yg semak. hehe)
Yg tak bagusnya, kebanyakan rumah di sini, tak betul2 dibina untuk tahan dgn cuaca. Sepatutnya rumah2 disini perlu ada insulations kat dinding, lantai dan tingkap2 perlu ada "double glazing". Tapi kebanyakan rumah takde semua tu. Jadi, masa winter ni, sejuk ler sgt2. Kalau tak pasang heater, boleh beku duduk dlm rumah ni. Yg ada asthma (atau lelah), memang tak tahan sbb selalula kena masa winter. Cold atau Flu pun memang dah jadi sbhgn asam garam di masa winter.
Berbalik kpd rumah, kami selalu juga ada masalah2. Mula masuk, masalah tandas yg tak berfungsi. Dekat 6 bln jugak, kena pakai baldi utk simbah air. Lps tu paip bocor dlm bilik basuhan. Bila cakap kat agen, nasib baik diaorg cepat2 hantar org baiki. Oh! yg bagusnya, kebanyakan rumah diuruskan oleh agensi. Setiap rumah akan ada agen yg akan uruskan. Apa2 masalah telefon je agen. Yg terbaru, masalah tikus! hii........Aku memang geli dgn tikus. Memang pernah ternampak tikus kat dapur. 2 bln lps ada satu lubang tikus, dah ada org dtg tampal lubang tu. Seminggu lps, ada lubang baru. Kami masih tunggu org yg nak dtg baiki.
(Nampak tak lubang tu?)
Apa2 pun kami tak sabar nak balik Malaysia dan beli rumah sendiri. Kami masih belum membeli rumah kerana selalu berpindah-randah. Kalau dah ada rumah nanti, teringin juga nak ada taman. Sempit pun takpe asal ada sedikit ruang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment