Kami hanya ada sebuah kereta je. Tu pun Kancil je. Kami mmg bercadang nak beli kereta kedua sbb kami berdua kerja di tempat yg berlainan; saya kerja dekat2 KLCC dan suami pula kerja kat kwsn Serdang. Sy sebenarnya pergi kerja naik LRT tiap2 hari. Cuma pagi2 sblm pegi kerja, sy perlu hantar anak2 ke Tadika (dan nursery) yg berdekatan dgn rumah. Sejak smlm, pg2 suami hantar saya dan anak2 dan kemudian baru dia akan bertolak ke tempat kerjanya. Bila petang, saya yg habis kerja awal, dalam pukul 4.30 ptg saya dah boleh ambil anak2.
Saya nak berkongsi Kisah 2 orang pemandu teksi yang peramah ni kerana seorang peramah tapi cara dia bertanyakan soalan2 buat saya tak selesa dan seorang lagi memang peramah yang menyenangkan.
Kita namakan Pemandu A ni Abg Dollah dan Pemandu B ni Pakcik Mamat.
sumber: pakcik GOOGLE. (tak sempatnye nak ambik gambar sebenar Abg Dollah & Pakcik Mamat tu.
Perbualan dengan Abg Dollah:
Saya: Nak pergi *Tmn Wangi Semacam (rekaan semata) ye. Nanti nak ambik anak2 di tadika.
Abg Dollah: Ok. Cepat ye balik. Kerja apa dik?
Saya : Kerja part-time je. Balik awal.
Abg Dollah: Kerja supermarket ke?
Saya : Iye. (walaupun sebenarnya saya guru BI sambilan di sebuah pusat bhs tapi malas nak bagitahu)
Abg Dollah: Anak2 pergi Tadika mana?
Saya : Tak jauh dari rumah. Sebenarnya nak sampai dah, kat depan tu je. Boleh tunggu kejap?
(cepat2 saya turun nak ambik anak2)
Abg Dollah: Kat sini dah tak de Tadika Islam ke?
Saya : Ada tapi kami nak hantar yg paling dekat dengan rumah dan kat situ pun ada Ustazah yg ajar
tiap2 minggu. (masa ni saya dah bengang sikit dgn soalan dia sbb tak tahu apa motifnya)
Abg Dollah: Tadika Islam ada ajar Bahasa Arab dan ajar sembahyang.
Saya : Memang betul tapi nanti bila masuk sekolah rendah kami nak hantar anak2 ke KAFA dan kat
rumah pun saya dah lama ajar anak sembahyang dan Bahasa Arab tu, saya pun boleh ajar sikit2
sebab saya sekolah Arab 3 tahun lebih.
Abg Dollah: Kat mana ni rumah?
Saya : Dah tak jauh. Lps 2 buah rumah lg tu. Berapa ye?
Abg Dollah : RM7.
Sekarang cuba bandingkan dengan Pemandu teksi B yg saya namakan Pakcik Mamat.
Perbualan dengan Pakcik Mamat.
Saya : Nak ke *Tmn Wangi Semacam.
Pak Mat : Boleh. Belok ke kiri lps traffic light ni?
Saya : Aah. Belok kiri, jumpa traffic light satu lg terus dan ada satu simpang belok kanan dan kemudian
masuk kanan. Nak ambik anak2 kat tadika jugak.
Pak Mat : Tadika kat mana? Jauh?
Saya : Tak jauh. Dekat je dari rumah.
Pak Mat : Berapa umur anak2?
Saya : 6 dengan 4 tahun.
Pak Mat : Dah besar ye. Suami kerja mana?
Saya : Dia kerja jauh sikit dan balik lambat.
Pak Mat : Ooooo. Kat depan sana ke tadika nyer?
Saya : Tak. Ada satu yg satu lg tu. Yg ada budak2 tengah main kat luar tu. Pakcik tunggu kejap ye.
Pak Mat : Boleh.
(Saya bergegas ambik anak2 dan beg anak2 dan kembali semula ke teksi)
Pak Mat : Berapa bayar tadika tu? Mahal ke?
Saya : Boleh tahan juga tapi tempat tu sekali dengan nurseri. Jd okla jugak dlm RM400 sorang.
Pak Mat : Isteri pakcik ada jaga anak orang. Dia ambik upah RM250 je. Tapi jauhla sikit sbb pakcik
duduk KG. *Bunga Raya (bukan nama sebenar kg).
Saya : Kat kwsn ni tak dptla nak cari harga tu. Baby pun diaorg ambik RM350. Lps tu kalau duduk
rumah org, budak makan dan tidur je. Kat nurseri diaorg ada main2 dan belajar sikit2.
Pak Mat : Betul jugak tu. Tapi memangla ikut kwsn duduk kan. Kwsn pakcik masih kwsn kampung, sbb tu
masih murah. Sini rumah org2 kaya.
Saya : Yg kaya bukan kami. Kami tak belil rumah lg. Kami tumpang lg rumah keluarga suami saya.
Pak Mat : Oooo macam tu. takpela. Anak pun masih muda lagi. Pelan2 carila. Rumah yg mana satu ni?
Saya : Tak jauh dah. Tu yg pagar hitam tu. Berapa pakcik?
Pak Mat : RM7.
Apa pendapat korang? Kalau korangla, korang rasa Abg Dollah tu macam kurang ajar sikit tak? Ke saya ni yg cepat terasa dengan soalan2 dia?Pakcik Mamat pula, memang bagus tak cara dia tu? Ada lebih berbudi bahasa tak?
11 comments:
mmm..saya nak komen tapi dah ngantuk kahkahkah
saya ada share pada suatu masa dahulu kisah pemandu teksi juga ...
encik mamat lebih berhemah la
hehe..macam-macam style pakcik teksi kan..dah lama tak naik teksi..huhu..
Jom skodeng :Notre Belle Histoire
rajin pulop nok bual pokcik2 tu. semula2 buat2 main sms or kecek tepon la kalu malas laye dio bual..sene cito
"Abg Dollah: Kat sini dah tak de Tadika Islam ke?"
sy rasa soalan ni mcm tak sesuai/offensive sikit la kak nur.
Perbualan dgn Pak Mat tu lebih selesa dan santai, kita dah penat balik kerja petang, we don't need outsiders to fix things up for us.
Just my 2 cent
kalo i, mcm biasalah..mesti abg dollah akan menanah telinga..right b4 i slam the door.
'saya pun tgh cari gak pemandu teksi yg boleh ajar bahasa arab/solat. supaya mungkin x la mahal nnt saya kena byr.'
kalau yg terlebih peramah pun susah juga..takut kalau dilayan lagi menjadi...ntah apa2 soalanjawapan terkeluar
kalau yg pendiam pun sama.. tak mesra pelanggan pulak..
isteri pun pernah kena..lebih baik diam dan layan seadanya...tak rugi buat sombong sikit...(pendapat peribadi.).
adyani,
kdg2 pengalaman, usia & latar belakang mempengaruhi cara org berbasa-basi.. stgh orang agak radikal, mcm abg dollah tu.. yg pakcik mamat ni pasti lah jenis family-man yg penyayang.. yer dak... ;)
Nur, abg dollah tu macam nak give his input but in the wrong way lah dengarnya. Sebab he should note that the best decision maker for your girls should be you and your husband kan. It is up to you lah nak send kat tadika/nursery mana pun...coz parents lagi tau apa yg terbaik..betoi tak?
Fid- sy ada terbaca entri Fid pasall pemandu teksi juga.
Cik Puan Hady- u balik Msia nanti, mungkin kena ambik teksi kalau tak sempat beli kereta lg.
Tie- Knur ingat mace tok se kure ajar tapi Abe Doloh tu pulok kure ajar. huhu.
Mila- itulah kan. Kita penat baru balik kerja kena serang dgn soalan2 mcm tu. huhu.
Belle- Knur ni mulut tak berapa laser sgt sbb selalu pikir perasaan org lain. Kdg2 rasa mcm nak je bermulut laser juga.
Wanz- kan. Barula mesra pelanggan.
abah izz- elok jugak jd pendiam sikit ye. Terima kasih atas pendapat tersebut.
K.Yong- betul tu. Sy ni selalu pula terkena mcm ni. huhu
Ica- That's right. Don't judge the book by its cover.
pakcik A tu direct sgt kan... xsuka gak cara cmtu...
Post a Comment