Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Sunday, February 20, 2011

Perarakan Maulidur Rasul & Hadiah2 pemenang. (BM entry)

Salam,

Sejak akhir2 ni selalu juga saya buat entri bercampur2. Dah kebetulan ada banyak benda yg hendak dikongsikan dan takut2 selalunya susah juga saya nak duduk mengadap depan net book ni. Entri ini pun entri yang caca merba. Alah.....takpela kan sebab hari ni pun Ahad. Hari orang2 bekerja bersantai2.

Mula2, saya nak berkongsi pasal Perarakan Maulidur rasul yang diadakan di jalan depan rumah ni. Petang Jumaat lepas, dalam pukul 5.30, saya terlihat ada satu kumpulan perarakan dari Sekolah Kebangsaan Kelana Jaya (tak pasti SKKJ 1 atau 2) berarak sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ada beberapa orang guru juga mengiringi perarakan tersebut. Mereka berjalan dari sekolah dan mengelilingi jalan ditepi sekolah hingga cukup satu pusingan. Kanak2 yg terlibat, rasanya dalam linkungan umur 7 hingga 12 tahun. Seronok saya tengok perarakan tersebut sehingga saya pun sibuk2 ambil kamera dan dapatla ambil beberapa keping gambar. Cuma ada kedengaran dari sebuah rumah jiran yang tidak suka dengan perarakan tersebut dan menjerit "Hoi(3x) memekak je".  Entah apa masalah orang tu. Kalau tak suka, patutnya tutupla pintu dan tingkap dan tak payah dengarla. Kanak2 boleh berselawat macam tu ada orang dewasa yang tak reti bahasa pula yang marah.

Ini ada beberapa keping gambar yg sempat ditangkap:


Gambar ditangkap dari tingkap bilik. Nampak tak cikgu yg naik motorsikal tu?


Ada beberapa orang cikgu wanita yang turut serta.


Gambar terakhir yang sempat ditangkap. Meraka ada bawa kain rentang juga.


Perkara kedua ialah berkenaan hadiah2 pemenang "My Hardworking Child/Children Contest". Saya dah dapat kesemua alamat pemenang dan insyaallah saya akan poskan hadiah2 lusa sbb esok saya ada banyak urusan bank. Mintak maaf kalau terpaksa menunggu. Harap2 anda semua akan berkenan dengan hadiah2 yang tak seberapa ni. 

Untuk pemenang hadiah pertama hingga keempat:


Hadiah2 saguhati pula akan mendapat rantai kunci KLCC. Nanti saya akan letakkan gambar
rantai kunci tu esok ye. Harap bersabar. hehe

4 comments:

yatie chomeyl said...

tolol ore tuo hok maroh budok2 belarok tu, biarlah budok2 tu. at least budok2 tu selawat..dpt jugop pahalo

transformed housewife said...

tula. tapi knur tok tahu ore tuo ko budok hok kkato "Hoi" tu.

Lizan said...

k ijan pun ada gmbar perarakan.. nnti nak tepek gak ah... ada gak yg tak reti hormat majlis org ya

transformed housewife said...

ada K.Ijan. terkejut bila dengar "Hoi" tu.