Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, May 24, 2011

Bagus sangatkah Mat Salleh?? (BM Entry)

Salam,

Ini entri meluahkan perasaan. Perasaan tak puas hati dan terancam di tempat kerja. Sekarang, makin ramai cikgu2 Mat Salleh yang diambi bekerja. Kami yang ada ijazah dlm TESL atau ESL ni, makin dipinggirkan hanya kerana kami bukan Mat Salleh. Apa bagus sangatkah Mat Salleh? Kami orang-orang Malaysia ni kebanyakannya fasih berbahasa Inggeris kerana kami pun belajar Bahasa Inggeris sejak kecil. Kami juga ambil ijazah TESL (Teaching English as Second Language) atau ESL (English as Second Language) selama 4 atau 5 tahun di universiti. Hanya kerana mereka berkulit putih dan bercakap dengan "accent" masing-masing, membuatkan mereka lebih baik dari kami? Saya rasa kami ada kelebihan dari kerana kami faham situasi pelajar-pelajar Arab, Iran dan negara2 lain yang mahu belajar Bahasa Inggeris tetapi mereka ada kesulitan dalam memahami tatabahasa dan kecenderungan mereka dalam memikirkan struktur ayat dalam bahasa mereka dan cuba menafsirkan ke Bahasa Inggeris. Kalau Mat Salleh, mana diaorang tahu kepayahan dalam menafsirkan dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Kebanyakan mereka hanya tahu Berbahasa Inggeris semata-mata.

Nampak gayanya mulai dari sekarang saya perlu mencari jalan keluar terbaik untuk mula mencari kerja di tempat lain. Doa-doakan yea.

16 comments:

Lizan said...

uishhhh lepas geram betul ni nur,.. english tu memang bahasa mother tongue dorang, jadi dorang tak tau susah senangnya nak belajar english ni..macam kak ijan ni ar..10 kali belajar, 10 kali tak pandai2..huhu

SJNathaniel said...

ah ah kak..mengutamakan produk luar pulak diorang,sian kak..sabar ye,moga kak dpt cari kerja kat tempat lain..

transformed housewife said...

K.Ijan: mmg geram sbb kalau ikutkan diaorg kena bayar gaji lebih pd mat2 salleh tu berbanding kami ni. tapi nak jugak panggil mat2 salleh ramai2 kerja.

Sati: mmg tengah nak tengok2 kat tempat lain ni.

Abam Kie said...

salam, i think it's the right time for you to venture out into business! Set up a tuition centre and rope in your colleagues...U can also hire me, huh! Susah2 u ngajar di SMK mcm sy ni...memang la gaji x tinggi mana kerja gomen tp secure la...

pB said...

pB doakan agar berjaya nanti

yatie chomeyl said...

gd luck sis :)

Syida said...

betul tu kak.doesnt means diorng tu mat salleh, diorg bagus.habis tu apa nak jd dgn graduate tesl semua tu?

nape la diorang suka membazir duit ke tempat lain, padahal ada local source.hish!

Nadiah Sidek said...

biasa la tu kak nur. org luar nak2 mat salleh mmg nmpk bagus sgt la (dah ditanam dlm minda kot) padahal org sendiri tak kurang hebatnya. bak kata pepatah...kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. huhu..

Ummi Salsabila said...

geramnya baca ni.sabar ye kak.yang luar ditimang tinggi2.nnt satu hari mereka pijak kita smula siapa tahu kan..

Diyana said...

kak....kiteran gpn tgh geram ni...skrg cikgu2 darjah 1,2[sekolah terpilih] kene ikut program native speaker utk 3 thn.dah le yg consultant/cikgu bi tu org britain.jenuh dok sorang pardon?pardon? sebab mcm ayam ngan itik bertemu..ramai tau native speaker tu yg kementerian lantik.dah le dok lama plak tu kat msia ni..haish

Hamizah said...

bakpo?kena berenti kejo ko?

transformed housewife said...

Daddy Zuki: mmg ada niat nak bukak mcm tadika sendiri tapi mcmm tak cukup modal lg.

PB: terim kasih Dato'.

Tie: Please pray for me.

Syida: kononnya kalau ambik mat selleh, akan dpt tarik lg ramai students.

transformed housewife said...

Nadiah: itu yg Knur kena cuba cari rezeki kat tempat lain ni.

Ummi Salsabila: itu yg sy cakap:bagus sgtkah mereka tu?

Diyana: tula. Kerajaan kita pun sama je mentalitinya. Kita pun ramai yg dah jd pakar dlm BI. tak perlu panggil Mat2 salleh tu. menyemak je.

Mizah: tak kena berhenti cuma dpt less hours jd dpt gaji kurangla.

isabelle said...

my aussie godmother ckp...org diorg sendiri pun kengkadang english berterabur.

Idayu said...

gud luck nur..rezki ader di mana2

Lizan said...

nur, k ijan teringat dulu penah nur kata nak bukak kindie.. still berminat ke. k ijan tgh carik tadika little caliph untuk adam tapi takde yang dekat rumah, frust.