Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, May 17, 2011

Hari ini Hari Wesak. Hari ini kami kerja. huhu (BM entry)

Salam,

Seronoknya yang lain2 bersantai di rumah hari ni. Kami (bawah satu syarikat ni) kena keluar bekerja hari ni. Syarikat ni tak mengira cuti umum ni. Tambahan pula, kalau kami tak kerja hari ni, kami tak akan sempat menghabiskan sukatan perlajaran untuk bulan ni. Jadinya, kami pujuklah hati sbb kami akan dapat cuti seminggu di hujung bulan ni. Apa motif entri ni? Entah la. Saja buang masa sesiapa yang baca ni. hehe.

Sebenarnya rasa pelik juga pagi ni sbb bila naik LRT macam kosong je. Bila berjalan kaki nak ke ofis, jalan raya lengang dan tak sibuk macam biasa. Sampaikan banyak kedai2 makan di sekitar ofis pun ditutup. Nasib baik saya dah agak benda ini akan berlaku, jadi saya dah bawa bekal dari rumah. Kwn2 yg lain, membebel2 sbb tak dpt beli makanan tengahari. Ada la kedai runcit yg jual nasi lemak bungkus (yg diletakkan dr pg). Itu sajalah yg boleh dibeli hari ni. Anak2 murid pun ramai juga yang buat cuti sendiri. Diaorg tak datangla hari ni. Yang mana yang ada tu memang yg rajin nak belajar.

Suami saya pun cuti dan dia duduk di rumah tolong jagakan anak2. Anak2 pelik bila mak diaorg ni kena pergi kerja hari ni. Terpaksala bagitahu yg bos mak diaorg tak bagi cuti. 

Okay, itu aje nak membebel pasal hari cuti yang kami tak cuti ni. Peringatan: Esok dah tak cuti ye, jadi kena pergi kerja balik :P

6 comments:

Lizan said...

nasib baik buat tindakan bijak bawak bekal .. kalau tak berlapar la jawabnya.. teringat tragedi nur makan nasi lemak sampai sakit perut.. tentu taubat nak beli nasi lemak sejuk lagi.

yatie chomeyl said...

jepun pun x cuti hehehe

Sari said...

kena keje yer..slamat hari cikgu!!!
hb utk Nur..

Nia said...

Tak..akak tak buang masa saya pun. siap sedia utk cuti seminggu ya,,hehe

transformed housewife said...

K.Ijan: aah. nasib baik bawak bekal. dah lama tak beli nasi lemak masa pg dan mkn masa tghr.

Tie- memela Jepun tok cuti :P

K.Sari- kena kerja. thanks k.sari]

Nia- mmg tak sabar nak cuti seminggu.

Syida said...

kak, kita yg bercuti ni pun tak terasa cuti betul2 sbb dok menghitung hari dan menunggu keluar tanda je......