Check this out!

Click To View

A & N academic and scientific editing service

Contact us when you need someone to proof read or translate some documents.
http://www.annediting.com/index.html

Tuesday, December 15, 2009

Jeruk oh jeruk ( WARNING: THIS ENTRY IS IN BAHASA MELAYU)

Sebelum ni saya ada tulis entri pasal apa nak buat dgn buah2 plum yg banyak.....sgt dlm taman rumah sewa kami ni. Oleh kerana saya suka makan jeruk, saya pun cubalah memeram buah plum yg telah dipetik. Kali terakhir saya cuba memeram buah.....rasanya lebih kurang 8 thn dulu. Huhu..lama tu! Jadi, saya pun cubalah resipi membuat jeruk yg saya cari di internet. Tapi resipi tu untuk jeruk mangga. Saya rasa okla kot.

Mula2 saya buang dulu biji2 plum. Penat giler sbb banyak juga plum yg saya ambik untuk buat jeruk tu. Dah la masa buang biji, dok berdiri kat tepi sinki. Lenguh kaki dan tangan bila dah habis buang biji. Habis je buang biji2, saya ambik besen besar, isi dgn air dan garam. Ha! kat sinila saya rasa saya tersilap besar. Kat sini (Hamilton, NZ), susah sikit nak cari garam besar. (garam berbuku2 tu). Jadi saya guna je garam halus. Rasanya dah letak banyak, tapi yelah garam halus (Iodised Table Salt). Plum tu direndam dgn (konon2 air bergaram tadi) semalam.

Keesokannya, saya masak air gula. Sekali lagi main hentam sendiri je berapa banyak gula yg hendak dibubuh. Bila buah plum dah dicampur dlm air gual tadi, terus je saya simpan dlm bekas aiskrim. (bekas recycled). Bila bekas dah ditutup rapat, saya letakla bekas tu di dlm peti.

Jeng 3x....
.....
......
.....
......
Konon2 tadi tu wat suspen sikit. Hr nilah, saya pun cuba buka bekas jeruk plum tu. Bila dibuka je, nampak buih2. Dah rasa pelik. Tapi still tak suspect apa2. Siap cuba makan lg jeruk tu sikit. Hubby bali je, saya tunjuk kat hubby jeruk yg saya buat. Nak tahu apa my hubby cakap?............................................ Dia cakap yg saya bukan buat jeruk tapi kalau simpan benda tu 2 atau 3 minggu lg boleh buat WINE! KENAPA WINE???? Sbbnya saya dah buat "fermentation". Dah hubby org Bio, mmg dia tererla bila bab2 ujikaji ni. Saya org dlm "education" dan mmg tak pernah ambik Bio pun (dulu ambik Perd, Prinsip Akaun dgn Geografi) mmg fail dlm ujikaji.

Moral of the story: 
  1. Jgn memandai buat jeruk kalau tak sure sukatan sebenar . (saya main agak2 je garam dgn gula).
  2. Tanya dulu org2 yg pernah buat jeruk sblm buat jeruk. (cari tok guru jeruk.ermmm ada ke ni?)
  3. Jgn cuba jeruk tak jadi anda. (skrg saya dah sakit perut rasanya food poisoning)
  4. Nak buat jeruk kena pakai garam besar @ kasar @ buku.
  5. Tak payah susah2kan diri buat jeruk kalau anda sorang je yg akan makan. hehehehe

3 comments:

Wan Anie said...

alahai kesian.. masa baca mula2 tadi ingat nak mintak post sikit...
lepas baca sampai habis.. aduhai... buat acar buah masak tu lah.. nur

transformed housewife said...

insyaallah nanti saya cubalah masak acar buah. (bila ada mood. hehe)

ummiluqman@azma said...

sedap tu acar buah..dah sihat ke ni?